Wednesday, July 30, 2008

Kelebihan Kambing Jamnapari


Memandangkan permintaan terhadap daging dan baka kambing cukup tinggi di Malaysia pada masa kini, projek penternakan ini merupakan satu projek yang berpotensi tinggi untuk di maju dan di usahakan.

Setiap baka kambing mempunyai kelebihan dan juga kelemahannya, samaada ianya Jamnapari, Boer, Saanen, Katjang mahupun Biri Biri. Namun apa yang perlu di utamakan adalah sistem penternakan dan pengurusan yang baik.

Malaysia yang berkeadaan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun akan meningkatkan lagi masalah ternakan terdedah kepada jangkitan bakteria, infestasi cacing dan kutu serta jangkitan kuman fungus. Adalah penting untuk mendapatkan baka yang tahan lasak dan dapat mengadaptasi kepada keadaan ini dengan baik ataupun dapat melakukan perkahwinan silang dengan baka tempatan bagi meningkatkan lagi daya ketahanan ternakan terhadap penyakit.

Dengan alasan inilah maka pihak Segi Ternak Sdn Bhd telah memulakan penternakan kambingnya dengan jenis Jamnapari sahaja dahulu memandangkan jenis ini mempunyai daya adaptasi dan ketahanan yang tinggi terhadap penyakit dan kelebihannya menyesuaikan diri pada persekitaran iklim di Malaysia memandangkan secara semulajadinya ianya di ternak di kawasan beriklim khatulistiwa. Kelebihan Jamnapari ini juga adalah:

- Pembiakannya berkembang dengan pantas dan efisien iaitu 2 kali setahun dengan purata 2 ekor anak setiapkali kelahiran malah berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam satu masa.

- Matang ketika berumur 6 bulan dan pada usia 10 bulan sudah boleh mengawan.

- Saiznya besar dan berat. Berat dewasa puratanya adalah 36 – 65 kg seekor dan boleh mencapai sehingga ke tahap 100 kg keatas.

- Boleh di jual sewaktu umur 6 bulan (berat 20kg) samada untuk pembakaan atau penyembelihan.

- Pertumbuhan berat badan adalah tinggi iaitu antara 4 hingga 6 kg sebulan.

- Kadar kematian rendah = anak < 7% dan dewasa < 3% setahun.

- Sesuai di pelihara samaada dengan sistem lepas mahupun sistem feedlot.

- Anak kambing boleh di asingkan daripada ibu kambing 2 – 3 bulan selepas di lahirkan. Pengasingan ini merangsang anak kambing untuk makan makanan kental serta membolehkan anak kambing cepat membesar. Di samping itu juga, dengan pengasingan ini, ibu ibu kambing akan memulakan kitaran haid dan seterusnya mempercepatkan proses pengeluaran ovum yang merangsang ibu kambing mengawan.

Ditulis oleh Pembekal kambing dan lembu untuk www.segiternak.blogspot.com

3 Comments:

  1. andisujatmika.wordpress.com said...
    salam kenal dari peternak jamnapari/etawa di indonesia....

    Saya sangat terkesan dengan sistem peternakan terpadu/kompleks di tempat Anda. Saya mau tanya apakah syarat-syarat jika ingin mengirim etawa kesana? Apakah perusahaan anda masih membutuhkan kiriman dari Indonesia? Jika ya, saya sangat berminat untuk bisa bekerjasama dengan Anda.
    anNajah said...
    askum,salam zairah sila ke blog baru ana.insyallah kita boleh kerjasama untuk ummah.syukran
    http://niagawan.blogspot.com/
    anNajah said...
    askum,salam zairah sila ke blog baru ana.insyallah kita boleh kerjasama untuk ummah.syukran
    http://niagawan.blogspot.com/

Post a Comment