Wednesday, July 30, 2008

Kambing Jamnapari


Kambing Jumna Pari atau Jamnapari mengambil nama sempena sungai Jamna (Jamna par) di Uttar Pradesh , India dimana ia banyak terdapat. Kambing Jamnapari juga banyak terdapat di Agra, Mathura dan daerah Etawa di Uttar Pradesh , Bhind dan daerah Morena di Madhya Pradesh. Baka kambing ini adalah di antara baka kambing terbesar di India dan sangat tahan lasak serta bersifat dwi-fungsi dipelihara untuk bekalan daging dan susu. Jamnapari juga di ketahui seluruh dunia dalam fungsinya meningkatkan dan memperbaiki kualiti kambing keturunannya seperti kambing Anglo Nubian dan Damascus.

Walau bagaimanapun dipercayai baka Jamnapari berdarah ( fullblood ) terdapat di 80buah kampung dipinggiran Batpura dan Chakar Nagar didaerah Etawa. Jamnapari tulen ( fullblood ) sudah menuju kepupusan dimana bancian 1972 mendapati Jamnapari Tulen terdapat kurang 5000ekor di India dan kebanyakannya terdapat dikawasan Chakar Nagar ( antara lurah Jamna dan Chambal ).

Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan baka nya di bawa daripada India. Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan.

Peranakan Ettawah (PE) merupakan istilah baka kambing yang merujuk kepada Jamnapari Kacukan yang digunakan di Indonesia dan menjadi antara baka pilihan ramai pengusaha/penternak di Malaysia. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Ettawah merujuk kepada Etawa yang merupakan daerah Etawa di Uttar Pradesh di mana salah satu tempat Jamnapari banyak terdapat dan Peranakan bererti Kacukan. PE pada dasarnya adalah kambing kacukan antara Jamnapari/Ettawah dan kambing Kacang.

Jamnapari mula diimport ke Indonesia dari daerah Etawa, India sejak tahun 1953. Tetapi sejarah Jamnapari di Indonesia jauh lebih awal iaitu sejak zaman Belanda lagi, dipercayai sekitar tahun 1931. Pada dasar nya istilah Peranakan Ettawah Tulin atau PE Tulin seperti yang lazim dikatakan oleh ramai pengusaha/penternak adalah tidak tepat kerana PE tidak pernah di daftarkan sebagai satu baka (breed). Pengusaha di Indonesia mengredkan PE hanya mengikut pandangan mata dan menjadikan ciri-ciri Jamnapari Tulin sebagai asas, diantaranya ciri muka, hidung, mulut, ‘feathers’, warna bulu , saiz , dll.

Di Indonesia PE dikacukkan dengan Saanen untuk menghasilkan baka kacukan tenusu yang berupaya mengeluarkan 1.5 ke 3liter susu sehari. PE juga dikacukkan dengan baka-baka tempatan seperti Kacang dan kambing jawa yang dinamakan Kaplo ( Kaploh ), Kaprindo, Bligon, Jawa Rando ( Jawarandu) dll. Ia merupakan baka kacukan yang amat sesuai untuk pembiakan kambing pedaging. Saiznya lebih kecil dari PE tetapi lebih lasak dan mudah untuk diternak. Pada masa ini Indonesia mempunyai 12 - 13juta ekor populasi kambing ( PE, Kacang, Kambing Jawa, Koplo, Bligon, Kaprindo, Kambing Marica(Sulawesi), Kambing gembrong(Bali) dan Kacukan Saanen, British Alpine dan Anglo Nubian ) dan 3 - 4juta ekor bebiri/domba ( Domba Garut/Domba Periangan, Domba Asli Indonesia/Kampung, Domba Ekor Gemuk serta Domba Merino, Suffolk, Dorset dan Barbados Blackbelly

Berdasarkan maklumat tahun 2000, dianggarkan Indonesia mempunyai populasi kambing berjumlah 15,209,720juta ekor kesuluruhannya. 60% dari populasi tersebut terdapat di Pulau Jawa iaitu 8,783,890ekor. Diluar jawa, wilayah yang mempunyai populasi kambing yang tinggi adalah Sumatera Utara ( 924,780ekor ), Lampung ( 747,806ekor ), Aceh ( 681,823ekor ), Sulawesi Selatan ( 522,267ekor ), dan Sumatera Selatan (493,057ekor ).

Pe banyak terdapat di Kaligesing, Purworejo ( Jateng ), Girimulyo, Kulonprogo dan Turi, Slemen ( Yogyakarta ). Kambing Pe juga telah berkembang di Jawa Barat, Jawa Timur, Lampung, Bali dan Tegal, Jawa Tengah.

Berat Lahir
Jantan: 3 - 4 kg
Betina: 3 - 4 kg

Berat Dewasa
Jantan: 68 - 91 kg
Betina: 36 -63 kg

Ditulis oleh Pembekal kambing dan lembu untuk www.segiternak.blogspot.com

2 Comments:

  1. azmir said...
    salam..memerlukan modal unutk memulakan projek penternakkan?? kami sedia membantu 012-7752839 atau ejenloan@blogspot.com
    Zakaria Mohammad said...
    Kami di http://primaternak.blogspot.com/ sedia utk membekalkan makanan lembu da kmbing (soya..dedak..basah dan kering) 012-2265742

Post a Comment