Wednesday, July 30, 2008

Pemakanan

Lembu daging
Seekor lembu memerlukan kira-kira 20 - 30 kg. rumput sehari. Lembu boleh hanya bergantung kepada rumput jika ianya dari kualiti yang baik. Jika tidak, makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan. Makanan tambahan dapat mengurangkan kuantiti rumput yang dimakan, tetapi harganya mahal. Hasil buangan pertanian yang lebih murah boleh juga dijadikan makanan tambahan, contohnya; kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulur nanas, pucuk tebu, jerami padi, batang sagu dan sebagainya. Batu garam atau garam biasa dan air minuman yang bersih perlu diberikan setiap masa.

Lembu tenusu

*Air dan garam galian juga merupakan keperluan asas lembu tenusu. Kekurangan garam galian dan vitamin akan mempengaruhi kesihatan badan dan fungsi fisiologi ternakan. Lembu membesar boleh meminum air sebanyak 10 hingga 30 liter sehari, bergantung kepada cuaca, berat badan dan jumlah bahan kering dimakan.


*Biasanya lembu memerlukan 6 liter air bagi setiap kilogram bahan kering dimakan. Lembu pedaging boleh meminum 21 hingga 30 liter air sehari. Setiap 1 liter susu dihasilkan, memerlukan 5 liter air untuk diminum oleh lembu penusu. Jadual 7 memberikan gambaran am keperluan air bagi ternakan setiap hari.


Ditulis oleh Pembekal kambing dan lembu untuk www.segiternak.blogspot.com

0 Comments:

Post a Comment