Wednesday, July 30, 2008

Kambing Jamnapari


Kambing Jumna Pari atau Jamnapari mengambil nama sempena sungai Jamna (Jamna par) di Uttar Pradesh , India dimana ia banyak terdapat. Kambing Jamnapari juga banyak terdapat di Agra, Mathura dan daerah Etawa di Uttar Pradesh , Bhind dan daerah Morena di Madhya Pradesh. Baka kambing ini adalah di antara baka kambing terbesar di India dan sangat tahan lasak serta bersifat dwi-fungsi dipelihara untuk bekalan daging dan susu. Jamnapari juga di ketahui seluruh dunia dalam fungsinya meningkatkan dan memperbaiki kualiti kambing keturunannya seperti kambing Anglo Nubian dan Damascus.

Walau bagaimanapun dipercayai baka Jamnapari berdarah ( fullblood ) terdapat di 80buah kampung dipinggiran Batpura dan Chakar Nagar didaerah Etawa. Jamnapari tulen ( fullblood ) sudah menuju kepupusan dimana bancian 1972 mendapati Jamnapari Tulen terdapat kurang 5000ekor di India dan kebanyakannya terdapat dikawasan Chakar Nagar ( antara lurah Jamna dan Chambal ).

Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan baka nya di bawa daripada India. Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan.

Peranakan Ettawah (PE) merupakan istilah baka kambing yang merujuk kepada Jamnapari Kacukan yang digunakan di Indonesia dan menjadi antara baka pilihan ramai pengusaha/penternak di Malaysia. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Ettawah merujuk kepada Etawa yang merupakan daerah Etawa di Uttar Pradesh di mana salah satu tempat Jamnapari banyak terdapat dan Peranakan bererti Kacukan. PE pada dasarnya adalah kambing kacukan antara Jamnapari/Ettawah dan kambing Kacang.

Jamnapari mula diimport ke Indonesia dari daerah Etawa, India sejak tahun 1953. Tetapi sejarah Jamnapari di Indonesia jauh lebih awal iaitu sejak zaman Belanda lagi, dipercayai sekitar tahun 1931. Pada dasar nya istilah Peranakan Ettawah Tulin atau PE Tulin seperti yang lazim dikatakan oleh ramai pengusaha/penternak adalah tidak tepat kerana PE tidak pernah di daftarkan sebagai satu baka (breed). Pengusaha di Indonesia mengredkan PE hanya mengikut pandangan mata dan menjadikan ciri-ciri Jamnapari Tulin sebagai asas, diantaranya ciri muka, hidung, mulut, ‘feathers’, warna bulu , saiz , dll.

Di Indonesia PE dikacukkan dengan Saanen untuk menghasilkan baka kacukan tenusu yang berupaya mengeluarkan 1.5 ke 3liter susu sehari. PE juga dikacukkan dengan baka-baka tempatan seperti Kacang dan kambing jawa yang dinamakan Kaplo ( Kaploh ), Kaprindo, Bligon, Jawa Rando ( Jawarandu) dll. Ia merupakan baka kacukan yang amat sesuai untuk pembiakan kambing pedaging. Saiznya lebih kecil dari PE tetapi lebih lasak dan mudah untuk diternak. Pada masa ini Indonesia mempunyai 12 - 13juta ekor populasi kambing ( PE, Kacang, Kambing Jawa, Koplo, Bligon, Kaprindo, Kambing Marica(Sulawesi), Kambing gembrong(Bali) dan Kacukan Saanen, British Alpine dan Anglo Nubian ) dan 3 - 4juta ekor bebiri/domba ( Domba Garut/Domba Periangan, Domba Asli Indonesia/Kampung, Domba Ekor Gemuk serta Domba Merino, Suffolk, Dorset dan Barbados Blackbelly

Berdasarkan maklumat tahun 2000, dianggarkan Indonesia mempunyai populasi kambing berjumlah 15,209,720juta ekor kesuluruhannya. 60% dari populasi tersebut terdapat di Pulau Jawa iaitu 8,783,890ekor. Diluar jawa, wilayah yang mempunyai populasi kambing yang tinggi adalah Sumatera Utara ( 924,780ekor ), Lampung ( 747,806ekor ), Aceh ( 681,823ekor ), Sulawesi Selatan ( 522,267ekor ), dan Sumatera Selatan (493,057ekor ).

Pe banyak terdapat di Kaligesing, Purworejo ( Jateng ), Girimulyo, Kulonprogo dan Turi, Slemen ( Yogyakarta ). Kambing Pe juga telah berkembang di Jawa Barat, Jawa Timur, Lampung, Bali dan Tegal, Jawa Tengah.

Berat Lahir
Jantan: 3 - 4 kg
Betina: 3 - 4 kg

Berat Dewasa
Jantan: 68 - 91 kg
Betina: 36 -63 kg

Ditulis oleh Pembekal kambing dan lembu untuk www.segiternak.blogspot.com

Ciri-ciri Kambing Jamnapari


- Bersaiz besar.
- Terdapat kepelbagaian warna bulu (warna putih dengan sedikit (patches) warna gelap di kepala dan leher merupakan warna yang biasa kelihatan).
- Hidungnya amat cembung (highly convex nose line) dengan sekelompok bulu diatasnya.
- Mulutnya berbentuk ‘parrotmouth’.
- Telinganya amat panjang (26.79cm), berlipat dan jatuh kebawah.
- Kedua-dua jantina mempunyai tanduk (8.69cm).
- Ekor pendek dan kurus.
- Bulu yang tebal dan panjang di bahagian paha dan pinggul , dikenali sebagai ‘feathers’ merupakan ciri yang utama.
- Juga dipanggil kambing dwi-guna kerana pengeluaran susunya yang baik selain daging. Labu susunya berkembang baik seperti baka-baka susu dengan puting susu yang besar.

Ditulis oleh Pembekal kambing dan lembu untuk www.segiternak.blogspot.com

Kelebihan Kambing Jamnapari


Memandangkan permintaan terhadap daging dan baka kambing cukup tinggi di Malaysia pada masa kini, projek penternakan ini merupakan satu projek yang berpotensi tinggi untuk di maju dan di usahakan.

Setiap baka kambing mempunyai kelebihan dan juga kelemahannya, samaada ianya Jamnapari, Boer, Saanen, Katjang mahupun Biri Biri. Namun apa yang perlu di utamakan adalah sistem penternakan dan pengurusan yang baik.

Malaysia yang berkeadaan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun akan meningkatkan lagi masalah ternakan terdedah kepada jangkitan bakteria, infestasi cacing dan kutu serta jangkitan kuman fungus. Adalah penting untuk mendapatkan baka yang tahan lasak dan dapat mengadaptasi kepada keadaan ini dengan baik ataupun dapat melakukan perkahwinan silang dengan baka tempatan bagi meningkatkan lagi daya ketahanan ternakan terhadap penyakit.

Dengan alasan inilah maka pihak Segi Ternak Sdn Bhd telah memulakan penternakan kambingnya dengan jenis Jamnapari sahaja dahulu memandangkan jenis ini mempunyai daya adaptasi dan ketahanan yang tinggi terhadap penyakit dan kelebihannya menyesuaikan diri pada persekitaran iklim di Malaysia memandangkan secara semulajadinya ianya di ternak di kawasan beriklim khatulistiwa. Kelebihan Jamnapari ini juga adalah:

- Pembiakannya berkembang dengan pantas dan efisien iaitu 2 kali setahun dengan purata 2 ekor anak setiapkali kelahiran malah berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam satu masa.

- Matang ketika berumur 6 bulan dan pada usia 10 bulan sudah boleh mengawan.

- Saiznya besar dan berat. Berat dewasa puratanya adalah 36 – 65 kg seekor dan boleh mencapai sehingga ke tahap 100 kg keatas.

- Boleh di jual sewaktu umur 6 bulan (berat 20kg) samada untuk pembakaan atau penyembelihan.

- Pertumbuhan berat badan adalah tinggi iaitu antara 4 hingga 6 kg sebulan.

- Kadar kematian rendah = anak < 7% dan dewasa < 3% setahun.

- Sesuai di pelihara samaada dengan sistem lepas mahupun sistem feedlot.

- Anak kambing boleh di asingkan daripada ibu kambing 2 – 3 bulan selepas di lahirkan. Pengasingan ini merangsang anak kambing untuk makan makanan kental serta membolehkan anak kambing cepat membesar. Di samping itu juga, dengan pengasingan ini, ibu ibu kambing akan memulakan kitaran haid dan seterusnya mempercepatkan proses pengeluaran ovum yang merangsang ibu kambing mengawan.

Ditulis oleh Pembekal kambing dan lembu untuk www.segiternak.blogspot.com

Pemakanan

Ternakan yang sihat memerlukan pemakanan yang seimbang dan mencukupi setiap masa. Di antara makanan yang penting ialah:

Garam galian

* perlu untuk kesihatan yang baik terutama kambing yang bunting dan sedang membesar
*jenis garam yang biasa diberi ialah garam biasa, garam jilat, tepung tulang atau garam komersial seperto 'phoshrich'
* garam diletak dalam bekas atau digantung pada dinding

Makanan Tambahan
* makanan tambahan atau makanan penguat yang dibuat dari dedak jagung, bungkil kelapa dan hampas tauhu
* contoh suppliment ialah 2 bahagian dedak jagung: 1 bahagian dedak halus: 1 bahagian hampas kelapa.
* suppliment komersial berbentuk pellet
* suppliment penting sebagai makanan tambahan untuk kambing yang bunting, menyusu serta anak-anak kambing yang sedang membesar

Rumput dan kekacang
* merupakan sumber air dan serat yang baik
* ia dapat merangsang kecekapan sistem penghadaman
* seekor kambing dewasa memerlukan 4-5 kg rumput basah sehari
* rumput yang disyorkan seperti guinea, rumput setaria dan kekacang
* tumbuhan tempatan seperti daun mengkudu, daun turi, daun pisang muda juga digemari oleh kambing

Air
* air penting untuk kesihatan kambing
* air bersih perlu disediakan sepanjang waktu
* cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih terutama kambing baka susu

Ditulis oleh Pembekal kambing dan lembu untuk www.segiternak.blogspot.com

Sistem Ternakan

Sistem Tambat
*kambing diikat pada kayu atau pokok dengan tali kira-kira 3 mpanjang.
*kambing perlu dipindah sekurang-kurangnya sekali sehari untuk mempastikan ia mendapat cukup rumput segar
*sebelah malam, kambing diletak di tempat terlindung atau dalam kandang khas serta dibekalkan air, makanan tambahan tidak diperlukan
*tempat mengikat sebaik-baiknya digilirkan untuk mengelak timbulnya penyakit terutama parasit seperti cacing

Sistem Bebas
*biasanya kambing diternak dalam bilangan yang kecil iaitu sekitar 5-20 ekor
*kambing-kambing dibiarkan bebas mencari makanan sendiri seperti tumbuh-tumbuhan dan rumput-rampai.
*ia dilepaskan pada waktu pagi dan dimasukkan ke dalam kandang pada waktu petang

Sistem Kandang/Intensif
*kambing dipelihara dalam kandang sepenuh masa
*sekali-sekala dibawa keluar untuk pendedahan kepada cahaya matahari bagi menggalakkan kesuburan, tumbesaran dan kesihatan yang baik
*kambing tidak dapat merayau merata-rata tempat dan ini memudahkan pengurusan


Ditulis oleh Pembekal kambing dan lembu untuk www.segiternak.blogspot.com

Baka Kambing

Jamnapari
* bersaiz besar
* berhidung cembung dengan sekelompok bulu diatasnya
* mempunyai telinga yang panjang dan berlipat ke bawah
* bulunya berwarna campuran putih dan sedikit patches warna gelap di kepala dan leher
* berat kambing jantan dan betina dewasa adalah antara 60-90 kg dan 30-60 kg masing-masingnya
* bulu tebal di bahagian peha dan pinggul,dikenali sebagai 'feather'
* dipanggil kambing dwi-guna kerana pengeluaran susunya yang baik selain daging



Boer
* bertanduk dengan telinga yang bergelong
* berbagai warna dan corak
* dianggap sebagai kambing pedaging
* berat kambing jantan dan betina dewasa adalah antara antara 110-135 kg dan 90-100 kg








Anglo-Nubian
* merupakan baka dari british
* mempunyai badan yang besar, kaki yang panjang dan telinga yang berjuntai
* mata dan muncung berbentuk konveks
* bulu warna perang bertompok kemerahan, perang bertompok putih, atau hitam
* berat badan sekitar 50-80 kg
* baka ini sesuai untuk pengeluaran susu





Toggenburg
* berasal dari Switzerland
* Warnanya dari coklat kekuningan ke coklat gelap
* Terdapat jalur putih dari mata, hujung telinga, kaki serta belakang/pinggul dan ekor
* aktif dan sentiasa bertenaga.
* dipercayai baka kambing tenusu yang tertua







Saanen
* berasal dari Switzerland
* bulunya pendek berwarna putih/krim
* hidung dan telinga lurus dan muka berupa segitiga
* ekornya tipis dan pendek









British alpine
* baka dari british
* telinga tegak dengan sedikit mengarah ke depan
* tidak sesuai dipersekitaran kelembapan udara yang tinggi
* pengeluar susu yang baik















Ditulis oleh Pembekal kambing dan lembu untuk www.segiternak.blogspot.com

Promosi Istimewa


100ekor jamnapari koploh betina 28kg up utk dijual rm550, 3ekor jamnapari jantan 40kg up rm1500. harga masih boleh dibincang lagi..

Terma Pembayaran - 50% pembayaran pertama semasa pengesahan pembelian di buat dan baki 50% pembayaran apabila selesai penghantaran ke kandang pembeli. Untuk keterangan lanjut sila huhungi (cik Mohamad) +60177812124.

Lembu Brahman


Lembu Brahman banyak terdapat di Guzerat, Nellore, dan Gir,

Di Malaysia, lembu popular sebagai makanan dan susu, oleh itu bakanya di bawa daripada India dan diternak dimalaysia

Ciri-ciri Lembu Brahman
- mempunyai bonggol di tengkuknya

- mempunyai telinga yang besar

- mempunyai kulit yang lebar dan besar

Berat Lahir
Jantan: 60 - 100 kg
Betina: 40 - 90 kg

Berat Dewasa
Jantan: 350 - 450 kg
Betina: 340 - 430 kg


Ciri-ciri Lembu Brahman

- Mempunyai bonggol yang besar diatas tengkuknya

- Terdapat kepelbagaian warna bulu berwarna coklat muda, merah atau sepenuhnye hitam, warna gelap di bahu dan leher

- Boleh menghasilkan susu yang banyak dengan baik

Ditulis oleh Pembekal kambing dan lembu untuk www.segiternak.blogspot.com

Baka Lembu

* Kedah Kelantan (K-K)
* Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)
* Local Indian Dairy (LID)
* Droughmaster
* Brahman

Pemakanan

Lembu daging
Seekor lembu memerlukan kira-kira 20 - 30 kg. rumput sehari. Lembu boleh hanya bergantung kepada rumput jika ianya dari kualiti yang baik. Jika tidak, makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan. Makanan tambahan dapat mengurangkan kuantiti rumput yang dimakan, tetapi harganya mahal. Hasil buangan pertanian yang lebih murah boleh juga dijadikan makanan tambahan, contohnya; kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulur nanas, pucuk tebu, jerami padi, batang sagu dan sebagainya. Batu garam atau garam biasa dan air minuman yang bersih perlu diberikan setiap masa.

Lembu tenusu

*Air dan garam galian juga merupakan keperluan asas lembu tenusu. Kekurangan garam galian dan vitamin akan mempengaruhi kesihatan badan dan fungsi fisiologi ternakan. Lembu membesar boleh meminum air sebanyak 10 hingga 30 liter sehari, bergantung kepada cuaca, berat badan dan jumlah bahan kering dimakan.


*Biasanya lembu memerlukan 6 liter air bagi setiap kilogram bahan kering dimakan. Lembu pedaging boleh meminum 21 hingga 30 liter air sehari. Setiap 1 liter susu dihasilkan, memerlukan 5 liter air untuk diminum oleh lembu penusu. Jadual 7 memberikan gambaran am keperluan air bagi ternakan setiap hari.


Ditulis oleh Pembekal kambing dan lembu untuk www.segiternak.blogspot.com

Sistem Ternakan

Cara meragut lepas bebas
Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Ini termasuklah meragut di tepi-tepi jalan. Cara ini kurang baik kerana;
*
selalu merosakkan tanaman orang lain
*
kemungkinan dilanggar kereta atau luka oleh kemalangan
*
makanan hanya bergantung kepada rumput di kawasan ragutan yang kemungkinan tidak memadai
*
perhatian sukar diberikan kepada setiap ekor lembu yang dipelihara.

Cara Berkurung atau Fidlot
Dengan cara ini lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang, dengan mendapat makanan bermutu secukupnya, air yang bersih pada setiap masa dan garam secukupnya. Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3 - 5% dari berat badan lembu setiap hari. Biasanya, rumput potong diberikan pada sebelah pagi dan dedak diberikan pada sebelah petang. Ruangan lantai yang diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.

Cara Separa Intensif
Cara ini lebih sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan kawasan meragut yang mencukupi.

Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama
Di negara kita kawasan yang bertanam dengan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racuri rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu. Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan ladang. Dengan ragutan berkawal, satu hektar ladang kelapa sawit dapat menampung seekor ternakan dewasa.